logo
Education

Indikator Forex: Trader Forex Patut Tahu 9 Perkara Ini!

BY Chris Andreou

|สิงหาคม 8, 2565

Ramai yang berkemungkinan menganggap trading forex ini adalah salah satu cara cepat kaya. Malangnya, nak jadi seorang trader forex yang berjaya ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak perkara yang korang kena tahu sebenarnya. Antaranya salah satu adalah berkaitan indikator forex.

Bila korang membuat keputusan untuk jadi trader forex, nak tak nak, kenalah tahu segala perkara yang berkaitan. Korang tak boleh nak suka-suka hati pilih mana korang nak praktis dan mana korang nak buat tak tahu. Itu bukan menjadi trader forex yang bijak, katanya!

Sebelum admin menceritakan segala perkara korang kena tahu pasal indikator forex, korang kenalah tahu pengenalan trading forex terlebih dahulu. Kalau korang tak tahu menahu langsung, takkan terus baca pasal topik ini. Korang baca dulu artikel pengenalan forex!

Sebagai trader, korang kenalah sentiasa kemaskini pengetahuan atau maklumat yang korang tahu berkaitan trading forex. Ini kerana segala maklumat ini boleh dikemaskini. Bukan itu sahaja, korang tak boleh nak menjangkakan apa akan berlaku selepas ini sekiranya ada perkara yang berlaku. Kalau dia mempengaruhi forex, macam mana?

Bila korang dah jadi arif berkenaan topik ini, korang jadi lebih bersedia sekiranya ada perkara tidak diingini berlaku dalam dunia forex. Lagi-lagi berkaitan dengan akaun trading forex. Tiadalah korang bazir masa tunggu bahagian pelanggan atau sesiapa hubungi. Korang sendiri yang akan bangun dan selesaikan terus segala perkara yang berlaku.

Ambik langkah pertama korang dan mula trade forex dengan TIOmarkets!

Apa yang dimaksudkan dengan indikator forex?

Macam apa admin cakap tadi – banyak perkara korang kena tahu kalau nak berjaya sebagai trader forex. Salah satu cara korang nak berjaya adalah dengan memahami segela perkara berkaitan indikator forex.

Kalau korang nak tahu, indikator forex ini memang penting. Melaluinya, seorang trader boleh buat analisis pergerakan forex dengan mudah. Dari situ, korang bolehlah membuat keputusan berkaitan trading forex dengan cepat dan tepat. Kalau korang pergi ke Internet pun, mesti ada banyak klasifikasi indikator forex yang ada dan korang boleh cuba.

Lebih kurang begini – indikator forex adalam alat utama bagi trader untuk menganalisa trend serta menentukan prospek arah harga di masa depan. Barulah trader dapat memperoleh gambaran atau membuat ramalan pasaran forex ketika itu; sama ada hendak menjual ataupun membeli.

Kebanyakkan trader forex akan cuba sebaik mungkin untuk mencari yang sesuai untuk diorang guna dalam transaksi forex trading masing-masing. Ini sebab kebanyakan trader merasakan yang diorang akan cuba lebih dari satu jenis indikator yang ada.

Ini kerana mereka berharap ada indikator forex yang dapat digunakan untuk mendapat keuntungan yang maksimum. Cuma, korang kena ingat tak semestinya bila dah jumpa indikator yang sesuai, korang akan sentiasa mendapatkan keuntungan. Rugi dah boleh cakap selamat tinggal (jauh lagi dari realiti hidup sebenar trader!).

Kalau korang jenis trader yang suka guna teknik analisis secara teknikal, pastikan korang mahir mengenai perkara ini. Kenali teknik-teknik trading forex lain yang korang patut tahu.

9 indikator forex korang patut tahu adalah…

1. Purata bergerak (Moving average atau MA)

Indikator forex yang ramai trader guna adalah purate bergerak. Selalunya, indikator ini digunakan untuk mengenal pasti trend pasaran forex ketika itu. Senanglah korang untuk ikut trend yang popular dan sesuai ketika itu.

Yang bagusnya indikator forex purata bergerak ini adalah korang dapat kenal pasti arah dan cari titik pembalikan trend pasaran. Jadi, korang dapatlah nampak aras rintangan dan sokongan yang ada ketika itu. Kiranya, indikator ini akan bolehkan korang nampak perkara itu.

Sebagai contoh, katakan suatu trend nilai pasangan matawang forex tengah hangat sekarang dekat pasaran. Harga dia selalunya akan berada di atas purata bergerak. Kalau jangkaan purata bergerak ini lebih pendek, dia akan menaik atas dari purata bergerak dengan tempoh yang lebih panjang. Kalau dia bergerak lebih panjang, dia akan menurun dari nilai purata bergerak.

Cuma, korang kena sedar yang purata bergerak ini tak bagitau korang patut beli atau jual dekat aras nilai pasaran yang mana. Dia hanya menunjukkan sama ada korang patut buat keputusan untuk beli atau jual saja.

Kalau nak tahu, tempoh masa paling popular untuk indikator forex purata bergerak adalah selama 200, 100, 50 ataupun 20. Untuk mengenal pasti trend jangka panjang, lebih sesuai untuk gunakan tempoh masa paling panjang iaitu 200. Kalau tempoh trend jangka pendek, 50 sudah mencukupi.

2. Jalur bollinger (Bollinger bands)

Kedua, indikator forex ini adakag jalur bollinger atau lebih dikenali sebagai bollinger bands. Cara ini boleh bantu korang sebagai trader ukur kadar kemeruwapan (nilai volatility). Ini juga dikenali sebagai nilai ketidakstabilan.

Kalau ikutkan, jalur bollinger ini memang bagus kalau ketika itu, pasaran forex dalam keadaan menjajar ataupun mendatar. Kiranya, nilai pasaran matawang itupun dalam jurang nilai yang sama. Perkara ini memudahkan trader untuk memulakan transaksi forex yang diingini; sama ada menjual atau membeli.

Yang tak sesuainya bila korang lebih suka guna indikator jalur bollinger adalah katakan pasaran forex ketika itu, sedang panas dengan sesuatu pekara. Kalau nilai pasaran matawang masih dalam jurang harga yang sama, apa saja korang boleh buat? Nak tak nak, memang korang terpaksa untuk menunggu terlebih dahulu sehingga lebih jelas untuk korang membuat keputusan.

Untuk indikator forex ini, admin cadangkan korang hanya gunakan ketika pasaran forex dalam keadaan menjajar ataupun mendatar. Kalau pada waktu lain, lebih baik kalau korang guna indikator yang lain. Ini kerana pasaran forex ini bukanlah sesuatu perkara yang boleh kekal sebegitu dalam suatu tempoh – dia berkemungkinan akan berubah.

Katakan, korang buat keputusan untuk menjual ketika pasaran tengah sesuai. Lepas itu, nilai pasaran matawang tiba-tiba jatuh merudum. Tidak ke naya sebab korang dah buat keputusan untuk jual. Berkemungkinan tinggi korang boleh mendapat kerugian selepas selesainya transaksi jualan forex itu.

3. Moving average convergence / divergence (MACD)

Teknik indikator forex ini adalah untuk trader mengukur daya dorongan di belakang pasaran matawang forex ketika itu. Ini berlaku apabila nilai pasaran forex ketika itu sudah berada dalam satu posisi dalam satu tempoh masa. Jadi, diorang akan bergerak ke arah berlainan untuk proses pembetulan. Bak kata trader forex, berehat katanya.

Untuk menggunakan indikator ini, korang perlu cari titik persilangan antara histogram dan garisan signal. Inilah signal terbaik dari MACD yang korang kena cari. Bila korang dah jumpa titik persilangan ini, ia merupakan tanda yang kuat proses pembetulan akan berlaku.

Kalau korang guna indikator ini, ada beberapa cara korang boleh tafsir trend ketika itu. Antaranya adalah bila ada kenaikan atau penurunan yang dramatik, persilangan antara histogram dan garisan signal, garisan sifar dan bila berlakunya divergence atau capahan.

Kalau bar-bar histogram mula turun selepas ada kenaikan, korang boleh mula menjual. kalau dia menaik selepas ada penurunan, bolehlah korang mula membeli. Jangan risau, korang boleh amalkan konsep yang sama untuk setiap cara tafsiran trend ini.

Menurut admin, memang bagus kalau trader gunakan indikator forex MACD ini. Ini kerana bukan saja korang boleh mengukur trend, korang boleh dapat tahu momentum pasaran forex ketika itu juga. Sememangnya, indikator ini boleh jadi cara yang sesuai disebabkan cara tafsiran yang kuat.

4. Relative strength index (RSI)

Teknik infikator forex relative strength index (RS) ini juga popular di kalangan trader untuk diamalkan. Melalui RSI, korang boleh dapat melihat keadaan pembelian dan penjualan forex besar-besaran yang boleh berlaku. Dia bukan selalu, tapi kadang-kadang boleh berlaku (dia perkara luar biasa!).

Seperti skala biasa, indikator ini menggunakan skala 0 sampai 100. Korang boleh dapat tahu di posisi mana harga pasaran forex ini akan mengalami proses penggantian. katakan trend pasaran ketika itu sedang menaik, bila dia menurun – ia bererti proses penggantian sedang berlaku. Begitu juga sebaliknya ketika pasaran sedang menurun, ia akan mengalami proses penggantian ketika sedang menaik.

5. Fibonacci

Seperti jalur bollinger, indikator forex ini adalah apabila nilai matawang pasaran forex berada dalam keadaan menjajar ataunpun mendatar. Korang hanya perlu menunggu untuk mendapat sebarang petanda di mana harga pasaran akan pergi selepas itu. Ketika itu, barulah korang boleh membuat keputusan yang sewajarnya.

Sebaiknya bagi admin, korang gunakanlah indikator ini ketika pasaran forex sedang hangat dengan sesuatu trend. Jadi, bila harga dia menaik, korang bolehlah membeli. Kalau dia menurun, korang pun mulalah menjual.Selalunya, perkara yang menunjukkan perubahan adalah sesuatu yang sangat besar dan memberi impak yang tinggi.

6. Stochastic

Teknik indikator stochastic ini lebih kurang sama seperti relative strength index. Yang samanya, diorang menggunakan skala 0 sampai 100 untuk mengenal pasti posisi mana yang akan berlakunya transaksi forex; sama ada pembelian ataupun penjualan.

Ini kerana tujuan utama teknik indikator ini adalah dia nak tahu dekat titik nilai mana akan berlakunya sama ada kenaikan atau keturunan. Dari situlah, trader boleh membuat keputusan untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum (tak lain tak bukan, fikir duit!).

7. On balance volume (OBV)

Kebanyakan indikator forex yang admin jelaskan lebih kepada mengukur trend, indikator ini lebih kepada untuk korang mengenal pasti momentum pasaran forex. Kiranya, kalau korang dapat kenal pasti momentum pasaran forex, korang boleh dapat mengagak sama ada nilai pasaran tersebut akan menaik atau menurun.

Indikator ini membolehkan korang memvisualisasi perubahan kepada pasaran. Kiranya, korang akan lebih jelas dengan perubahan yang akan atau sedang berlaku. Kebiasaannya, korang boleh melihat peningkatan momentum ini ketika trend ketika itu masih dalam keadaan kuat. Tapi, dari situ, korang boleh dapat lihat sama ada trend itu naik atau turun.

Malangnya, teknik indikator ini jarang sekali digunakan. Akan tetapi, para trader percaya saja akan kenaikan kalau ada berlaku kenaikan harga pasaran. Sebaliknya juga berlaku sekiranya ada penurunan harga pasaran forex.

8. Ichimoku kinko hyo

Kejap, dah kenapa nama ala-ala Jepun ini? Korang tak payah risau, ini merupakan salah satu indikator forex yang ada dan boleh digunakan. Ichimoku kinko hyo atau IKH adalah indikator yang boleh meramal momentum harga pasaran di masa hadapan dan menentukan area akaun forex korang yang perlukan sokongan dan rintangan.

Disebabkan nama dia ala Jepun, kebanyakan yang guna ini adalah untuk siapa yang pilih jenis pasangan matawang yang melibatkan Japanese Yen (JPY). Kalau ikut maksud istilah IKH ini, ia adalah bermaksud pandangan sepintas lalu pada keseimbangan carta.

9. Average true range

Selain dari mengukur trend dan momentum, korang boleh juga mengukur nilai ketidakstabilan (volatility) pasaran forex. Indikator forex ini adalah bernama “Average true range”. Benda ini sangat penting sebab ia berkait secara langsung dengan pergerakan pasaran forex. Mana taknya, ketika berlaku ketidakstabilan pasaran, ini bermakna ada perkara yang sedang berlaku; sama ada kenaikan atau penurunan nilai pasaran forex.

Semakin rendah nilai average true range, ia bermakna nilai ketidakstabilan pasaran forex ketika itu adalah rendah. Kalau nilai dia tinggi, ketidakstabilan pasaran pun tinggilah. Yang lainnya di sini adalah bila nilai dia rendah, ia dikira bagus sebab korang boleh mengambil manfaat ini untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum.

Masih berminat nak jadi trader? Memang banyak kelebihan forex kalau korang berminat nak jadi trader. Kalau nak tahu lanjut, boleh baca artikel ini untuk tahu kelebihan trading forex.

Selain itu, cuba bayangkan korang trading forex dengan spread ketat dan $0 komisen. Daftar akaun VIP Black TIOmarkets korang sekarang!

Bila dah jumpa indikator forex sesuai, ingat untuk sentiasa peka dengan keadaan semasa

Seorang trader forex berjaya kenalah sentiasa ekstra peka berkaitan dunia forex, di mana segala perkara boleh berubah dengan sekelip mata. Jadi, korang kena cepat bertindak sekiranya berlaku sebarang perubahan.

Sebagai contohnya, korang mungkin membuat keputusan ikut indikator A. Tetapi, tiba-tiba indikator A ini dah tak boleh diguna pakai. Korang nak ke tak, kena tukar dan gunakan indikator lain. Perkara ini ada kemungkinan untuk berlaku tak kisah korang pilih indikator forex yang mana. Ini pentingnya kenapa korang perlu sentiasa kemaskini pengetahuan sedia ada pada setiap masa.

Sebaiknya, korang jangan setia dengan satu jenis indikator forex. Lebih bagus kalau korang ada beberapa jenis indikator yang korang faham dan senang guna. Sekurang-kurangnya, korang dapat jumpa teknik indikator forex yang ideal dan sesuai dengan personaliti forex masing-masing. Baca artikel ini untuk tahu korang jenis trader yang macam mana.

Ya lah, setaip indikator forex ini ada fungsi mereka yang tersendiri. Semuanya terpulang dekat korang sebagai trader cara untuk memanfaatkan segala indikator yang ada. Tujuan dioang pun sama, iaitu mendapatkan keuntungan maksimum untuk korang. Kalau korang ada ilmu-ilmu forex, memang senanglah nak buat urusan berkaitan setiap hari. Kalau tidak, agak susahlah korang nanti – tak sekarang, di kemudian hari.

Jadi, korang tunggu apa lagi? Daftar kat TIOmarkets sekarang dengan ikut langkah-langkah di bawah:

  1. Daftar di tiomarkets.com.
  2. Isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik “Daftar”.
  3. Buka e-mel korang dan cari emel daripada TIOmarkets dengan subjek “Verify your email”.
  4. Sahkan akaun korang dengan klik pautan yang diberikan untuk pengesahan. Selepas itu, korang akan masuk ke portal ahli / pelanggan baru.
  5. Korang juga akan terima emel dengann subjek “Your client portal is ready” yang mengandungi ID Wallet untuk korang log masuk ke portal pelanggan.

Admin yakin korang akan dapat keuntungan maksimum kalau ikut indikator-indikator forex ini. Memang dijamin berbaloi!

Penafian risiko: Contract for Differences (CFD) adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leverage. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda. Jangan sekali-kali mendepositkan lebih daripada yang anda bersedia untuk rugi. Kerugian klien profesional boleh melebihi deposit mereka. Sila lihat polisi amaran risiko kami dan dapatkan nasihat profesional bebas jika anda tidak memahami sepenuhnya. Maklumat ini tidak diarahkan atau bertujuan untuk diedarkan kepada atau digunakan oleh penduduk negara/bidang kuasa tertentu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Amerika Syarikat & OFAC. Syarikat mempunyai hak untuk mengubah senarai negara yang disebutkan di atas mengikut budi bicaranya sendiri.

Join us on social media

image-959fe1934afa64985bb67e820d8fc8930405af25-800x800-png
Chris Andreou

Experienced independent trader

[missing - support]

undefined